//ZulaykaZulkifly
HOLLA!
The Boss!


Welcome to the kampung . Kita semua sepakat di kampung hai pening lalat mengucapkan selamat datang semua!


Tagboard
Footprints here!


Click me!
Archive!
» May 2016

Buddies!

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: ZulaykaZulkifly

Sambung belajar VS Kerja

Assalamualaikum
Hai,
Annyeong,

Emm awkwarddd hahaha 3 tahun tinggalkan belog ni sunyi pasai busy dengan diploma *busy ke masalahnya?* Dan akhirnya aku dah pun habiskan diploma awal bulan 4 haritu makanya sebulanlah menganggur. Kerja pun tak dapat, ai is very sedih. Duit pun tinggal kenangan jelah. I need maneyhh!


Harini, 10/5/2016, awal awal pagi dah kecoh result keluaq harini. Hekeleh sangat korang, tahu tak aku gabra. Dahlah belajar kelaut pemalas last minute haa ape lagii. Tapi nak buat cemane en, akak redho dengan ketentuanNya. Dengan tak mandi terus gagau phone, takjumpa pulak phone! Rupanya terselit dalam sarung bantal heish perangai sangat. Terus buka SPMP PSIS. Peluh tangan ai gais menaip no kad matrik ic nak login, dengan rasa nak terkencing semua ada. Buka buka, alhamdulillah semua lulus bhai, pointer pun okaylah bolehlah beshee beshee jewp. Dengan lulus semua itu maka hilanglah rasa nak kencing tadi. Kita tunggu graduation day sahaja.

Jumpa time convo nanti wahai poli sayang

Mula dari pada dah habis Diploma ni lah, kita mesti akan fikir apa nak buat lepas ni? Sambung degree kah? Cari kerja kah? Kahwin kah? ke kahkahkah je kat rumah? Semua mesti pernah rasa en tipulah en takpernah en ennn. Kengkonon dalam dilemma lah ape. Tapi pilihan di tangan masing masing lah kan, tapi ada jugak yang ikut kehendak keluarga gituww, baguslah taknak hancurkan harapan family, very good! 

Macam aku time sekolah dulu dah pikiaq lepaih diploma nak sambung degree lepaihtu nak kerja dan menikahh ewahhh sambil tu sambung master pulak. TAPI itu semua dulu, dulu duluu dah habis. Sekarang pilihan aku lepas diploma ni cuma nak cari kerja dan buat duit bina kerjaya ecehh sebab takmau berhutang. Diploma dah berapa belas ribu nak campoq degree pulak uihh cirit akak dik nak bayor. Jadi plan pun bertukar dan kita tengoklah cemane nanti en dapat ke tak kau ni kerja huaaaaaaa.

So let see the +ve and -ve side antara sambung belajar ataupun berkerja.

Further study

 Sambung belajar lagi lagi ke peringkat degree ni memerlukan cgpa yang strong kiranya cgpa dak dak dekanlah 3.6 3.7 and above, correct me if im wrong. Jadi pada sesiapa yang memang berminat nak sambung dan masih lagi dahagakan ilmu takcukup yang diploma punya haa applylah. Bagusnya sambung, satunya of course lah dapat ilmukan bertambah tambah, lagi lagi dapat course yang korang minat. Selain itu, bila dapat kerja nanti degree holder gaji starting Rm 2k++ tengok pada bidanglah ye. So mungkin korang ada jawatan yang tinggi dengan degree yang ada. And ada jugak yang berpendapat, kalau dorang kerja dulu baru sambung belajar, takut dah seronok kerja dapat duit, niat nak sambung study tu hilang. Gitu pulakkan.

So untuk sambung study, mestilah kita nak kena bayar yuran. Fikir mana nak dapat duit. IPTA mungkinlah murah sikit berbanding yuran IPTS. Lagi lagi pada yang buat pinjaman tu, pening pikir nanti guane nak bayaq balik. Lainlah pada yang ditaja. Life as a student pun mestilah kadang kadang pokai nak kena bayar tu ini photostat lah print lah sewa rumah makan semua. Duit terbang dan terbang terus hilang tak kembali lagi. Sekarang pun memang ramai dah mahasiswa/siswi berlapar pokai. Ye betul, tak tipu gais. Zaman diploma aku dah pernah rasa kepayahannya bila takde duit.


Working


 Berkerja lepas diploma ni mungkin ada yang fikir, "sekarang orang dah tak pandanglah setakat diploma je, takde ape, nothing". Aipp siapa kata nothing, nak habis diploma pun payah tau, buk kang! Ini semua ikut usaha and rezeki masing masing. Bagusnya berkerja ni mestilah pasal duit, sepanjang berkerja duit pun ada. Dari situ kita boleh bayar hutang PT ke nak kumpul untuk akan datang beli kereta beli rumah beli anak orang eh huhu. Dari situlah. Dan zaman sekarang ni, pengalaman berkerja korang itu lagi berharga tau daripada sijil sijil degree ke master, walaupun korang mula dari bawah. Itulah katanya mencari pengalaman. So bila interview, company tu nak hired pun takrisaulah kau taktahu cara kerja apa nak buat terkial kial sebab apa? sebab dah ada pengalaman. InshaAllah, dengan kerja yang biasa biasa pun kalau rajin usaha sentiasa, korang boleh berjaya.

Takbestnya bila nak berkerja, tapi takdapat kerja. Bukan apa, rezeki tak berpihak kat kita lagi. Jadi kena usaha lagi untuk cari. Atau mungkin terlalu memilih sangat, takmau kerja yang lekeh lekeh ni. Sekarang pun takkisahlah pemegang diploma/degree/master dapat kerja tak setaraf dengan kelayakan. Ataupun kerja, tapi lari dari bidang yang sepatutnya.

Itu semua cuma pendapat aku impak  antara kerja dan belajar. Masing-masing ada pendapat sendiri jugakkan. Takkisahlah sambung belajar atau kerja pun, rezeki Allah tu luas, jadi fikirlah mana yang baik untuk diri. Jangan lupa usaha dan doa supaya urusan kita sentiasa dipermudahkan. Thats all from me, sekian ewahhh #JanganKecam






1 Comments:

Blogger Cik Q said...

Menariknya belog akak. Saya suka saya suka

-CikQ ��

13 May 2016 at 03:58  

Post a Comment

Budak Brutal datang bergossip dibawah !